Home/FAQs – Pulangan dan Ganjaran

SOALAN LAZIM

PROGRAM PULANGAN TUNAI DAN GANJARAN

BPSB berhak, untuk meminda soalan lazim ini (“FAQ”), transaksi yang layak untuk memperoleh mata, bilangan Mata Ganjaran yang diperlukan untuk menebus Ganjaran, serta tatacara dalam membuat penebusan. Pindaan kepada Soalan Lazim ini hendaklah disiarkan di laman web BPSB dan Aplikasi mudah alih CIDB Construx untuk rujukan.

Ciri Mata Ganjaran dalam Aplikasi Mudah Alih CIDB Construx ini diperkenalkan untuk membolehkan pengguna mengumpul mata dan menebus mata tersebut bagi mendapatkan Pulangan Tunai (Cashback).

Empat (4) komponen utama ciri ini adalah seperti berikut: –

  1. Kumpul Mata – Dapatkan mata dengan melaksanakan transaksi Kad & eDompet yang terpilih.
  2. Tebus Mata – Tebus Pulangan Tunai (Cashback) yang akan dikreditkan ke dalam Aplikasi Mudah Alih CIDB Construx.
  3. Aplikasi Mudah Alih – Uruskan Pulangan Tunai (Cashback) anda melalui Aplikasi Mudah Alih CIDB Construx.
  4. Sejarah Mata – Semak rekod mata yang telah dikumpul dan sejarah penebusan.

Program Pulangan Tunai dan Ganjaran ialah sistem berasaskan mata yang membolehkan pengguna mengumpul mata, dan seterusnya menebus mata tersebut untuk mendapatkan ganjaran Pulangan Tunai (Cashback).

Pada masa ini, anda boleh mengumpul mata dengan melaksanakan transaksi pembayaran berikut: –

 No.  Jenis Transaksi  Mata Diberi
 i. Belanja menggunakan Kad Prabayar CIDB Bayo Mastercard anda. RM 1 dibelanjakan = 1 mata
 ii. Melakukan Kiriman Wang melalui Aplikasi Mudah Alih CIDB Construx. RM 1 dibelanjakan = 1 mata
 iii. Membayar bil dan utiliti melalui Aplikasi Mudah Alih CIDB Construx. RM 1 dibelanjakan = 1 mata

Urus niaga berikut tidak layak mendapat mata: –

  1. Pengeluaran Tunai;
  2. Muat Semula Dompet; dan
  3. Peer-to-peer (P2P) / Hantar Wang.

Anda akan dimaklumkan tentang kempen mata ganjaran lain dari masa ke semasa.

Selain daripada mengumpul mata melalui transaksi biasa, pengguna juga boleh menikmati ganjaran promosi khas. Berikut adalah kempen yang sedang berlangsung:.

  1. Welcome & Win! (Kempen Pengguna Baru / Pendaftaran)

    Kempen khas untuk pengguna baharu di mana anda akan menerima baucar menarik selepas mendaftar.

     

  2. Happy Birthday! (Kempen Hari Lahir)
    Raikan hari istimewa anda dengan baucar dan ganjaran eksklusif hari lahir.

     

  3. Pay & Get Rewarded! (Kempen Bayar Bil Pertama)
    Bayar bil pertama anda dan nikmati baucar ganjaran istimewa daripada kami!

     

  4. Promosi & Kempen Perayaan
    Promosi bermusim dan tawaran perayaan dengan baucar eksklusif serta ganjaran terhad untuk anda.

Sebaik sahaja anda telah mengumpul sekurang-kurangnya 2000 mata, anda boleh menebusnya untuk pulangan tunai. Kadar penukaran untuk penebusan ialah 2000 mata = RM1.00 pulangan tunai (dibundarkan kepada sen terdekat). Berikut ialah formula penukaran mata.

Mata ditebus / 2000 mata = Jumlah Pulangan Tunai.

Contoh 1:

Jika anda menebus mata 2010, anda akan mendapat pulangan tunai RM1.00.

Pengiraan: 2010 / 2000 = RM1.005. Jadi, nilai pulangan tunai anda yang diterima ialah RM1.00 (dibundarkan kepada sen terdekat)

Contoh 2:

Jika anda menebus mata 2014, anda akan mendapat pulangan tunai RM1.01.

Pengiraan: 2014 / 2000 = RM1.007. Oleh itu, nilai pulangan tunai anda yang diterima ialah RM1.01 (dibundarkan kepada sen terdekat)

Anda boleh menebusnya dengan log masuk ke Aplikasi mudah alih CIDB Construx dan klik pada Menu Pembayaran dan pilih halaman ‘Mata Ganjaran atau ‘Penebusan Mata’, dan kemudian ‘Masukkan mata yang anda ingin tebus’. Setelah anda berjaya menebus, pulangan tunai akan dikreditkan serta-merta ke dalam Aplikasi mudah alih CIDB Construx anda.

Tidak. Ciri ini adalah percuma untuk masa ini.

Pelanggan berdaftar dengan status akaun Aktif layak untuk Program Ganjaran Kesetiaan.

Mata ganjaran akan diberikan kepada anda selepas transaksi berjaya dilakukan melalui Aplikasi mudah alih CIDB Construx, manakala mata untuk perbelanjaan menggunakan kad akan diberikan sebaik penyelesaian telah dikemukakan oleh pedagang yang biasanya mengambil masa sekitar satu (1) minggu atau lebih.

Anda boleh melihat baki mata ganjaran anda, sejarah transaksi dan tamat tempoh dengan cara log masuk ke Aplikasi mudah alih CIDB Construx dengan mengklik pada menu Pembayaran dan memilih Mata Ganjaran.

Mata anda mempunyai tempoh sah maksimum selama satu (1) tahun dan enam (6) bulan. Kekerapan tamat tempoh adalah dua (2) kali setahun, pada setiap 30hb Jun dan 31hb Dis.

Contoh:

I. Mata yang diperoleh dari 1 Jan 2022 hingga 30 Jun 2022 akan tamat pada 30 Jun 2023.

II. Mata yang diperolehi dari 1 Julai 2022 hingga 31 Dis 2022 akan tamat tempoh pada 31 Dis 2023.

Tidak. Mata ganjaran tidak boleh dipindah milik.

Mata ganjaran yang ditebus tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh dikembalikan.

Mata ganjaran yang diperolehi akan hilang dan tidak boleh ditebus jika akaun anda telah disekat, ditutup, dibatalkan atau ditamatkan.

Untuk baki mata negatif (mata ditunjukkan dalam kurungan), mata ke hadapan anda yang diperoleh akan ditolak daripada baki negatif dan anda hanya boleh menebusnya semula selepas anda mengumpul mata yang mencukupi untuk penebusan.

Baki mata negatif akan berlaku apabila anda menebus mata, dan bayaran balik berlaku selepas penebusan anda. Sistem akan menbalikkan secara automatik mata kutipan untuk transaksi bayaran balik.