POLISI PERIBADI
1. PERKARA AM
Bayo Pay (M) Sdn Bhd (selanjutnya dirujuk sebagai “BPSB”, “kami”, “kita”, “milik kami”) menghargai privasi anda dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Polisi Peribadi ini dikeluarkan oleh BPSB berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan kewangan termasuk pengeluaran produk prabayar dan/atau perkhidmatan oleh BPSB.
Polisi Peribadi ini menerangkan jenis data peribadi yang kami kumpul dan bagaimana ia dikumpul, bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, pihak-pihak yang kami dedahkan data peribadi, bagaimana anda dapat mengakses dan mengemaskini data peribadi anda, dan cara menghubungi kami.
Dengan menggunakan aplikasi mudah alih kami, mengakses laman web kami (www.bayo.my) untuk memohon, mendaftar dan/atau melanggan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan terma-terma Polisi Peribadi ini. Anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi anda kepada kami semasa anda memohon, mendaftar dan/atau melanggan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami. Dengan melakukan sedemikian, anda mengizinkan kami untuk menggunakannya selaras dengan Polisi Peribadi ini.
2. PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI
Data peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang membolehkan seseorang mengenal pasti anda, termasuk nama penuh anda, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan, maklumat pengenalan diri (termasuk tetapi tidak terhad kepada Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (“Kad Pengenalan”) atau pasport), nombor telefon bimbit, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, maklumat pekerjaan dan juga butiran kewangan (termasuk sumber dana) dan maklumat lain yang berkaitan dengan BPSB. Senarai data peribadi yang dinyatakan di atas tidak menyeluruh dan mungkin merangkumi maklumat lain bergantung pada jenis perkhidmatan atau transaksi.
Dalam usaha kami untuk menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami, kami mungkin mengumpul, merekod, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan peribadi anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
a. Data peribadi yang anda berikan kepada kami melalui hubungan anda dengan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang diberikan oleh anda semasa menggunakan aplikasi mudah alih dan/atau laman web kami, ketika berinteraksi dengan Peniaga dan/atau rakan kongsi kami, ketika mengambil bahagian dalam tinjauan, pertandingan dan promosi pelanggan. Contoh-contohnya merangkumi:
• Data peribadi dari anda, seperti gambar profil, foto atau video, jantina, usia, etnik, maklumat tepat berdasarkan lokasi, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat, nombor telefon, nombor ID peranti, dan kata laluan semasa anda mendaftar atau mendaftar produk dan/atau perkhidmatan kami, dan maklumat lain yang anda berikan secara langsung kepada kami melalui aplikasi mudah alih dan/atau laman web.
• Maklumat mengenai interaksi anda dengan aplikasi mudah alih dan/atau laman web kami, penglibatan anda dengan peniaga tertentu atau rakan kongsi kami, dan produk dan perkhidmatan yang telah anda beli.
• Maklumat yang anda dedahkan melalui interaksi anda dengan peniaga dan/atau rakan kongsi kami.
• Maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi.
• Maklumat yang diterima daripada anda melalui pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel, surat, aplikasi mudah alih kami, laman web, pusat perkhidmatan pelanggan, media sosial, secara langsung, lain-lain saluran pengedaran atau panggilan telefon. Semua panggilan telefon yang masuk dan keluar mungkin dipantau dan direkodkan untuk latihan, jaminan kualiti dan tujuan keselamatan.
• Maklumat seperti fail dan pesanan yang tersimpan dalam akaun anda dengan kami.
• Maklumat yang diumum kepada awam secara amnya.
b. Maklumat yang dikumpulkan dari aplikasi mudah alih dan laman web kami.
• Maklumat daripada anda, termasuk jenis pelayar web anda, alamat Protokol Internet (IP) (nombor yang secara automatik diberikan kepada komputer anda apabila anda mendaftar dengan Pembekal Perkhidmatan Internet), nama domain, profil pengguna, dan/atau tarikh/cop masa untuk lawatan anda, dan, berkenaan dengan telefon bimbit anda, pengecam peranti unik.
• Maklumat cookies dan URL untuk mengumpulkan maklumat berkenaan tarikh dan masa lawatan anda dan maklumat yang anda cari dan dan lihat. Cookie adalah elemen data yang dapat dihantar oleh laman web ke pelayar web anda yang mana dapat disimpan dalam sistem anda.
• Maklumat daripada teknologi yang digunakan berkaitan dengan telefon mudah alih, termasuk ID peranti, mencatit tarikh, masa, maklumat carian dan tontonan yang berkaitan dengan telefon mudah alih anda.
• Maklumat dari penyedia perkhidmatan pihak ketiga, dengan persetujuan anda, yang mungkin merangkumi kandungan profil anda atau jenis maklumat peribadi yang lain.
• Maklumat mengenai cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan aplikasi mudah alih dan laman web kami melalui perkhidmatan analitik pihak ketiga yang mungkin menggunakan Cookies untuk mengumpulkan maklumat seperti halaman yang anda lawati, alamat IP anda, cop tarikh/waktu untuk lawatan anda dan laman yang mengarahkan anda ke Platform.
c. Maklumat dari pihak ketiga atau sumber lain yang mana anda telah bersetuju untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau yang mana tidak disekat.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan, dan sentiasa dikemas kini. Sebagai penambahan kepada tujuan pernyataan di atas, kami juga mungkin perlu memproses data peribadi anda untuk keperluan yang berikut: –
• untuk menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami
• untuk memudahkan permohonan dan pendaftaran produk dan/atau perkhidmatan kami
• untuk mengurus dan menyelenggara akaun anda;
• untuk memproses transaksi pembayaran anda, termasuk tanpa had, menghantar pemberitahuan kepada anda;
• untuk menjawab pertanyaan/aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian anda;
• untuk tujuan keselamatan dan audit dalaman;
• untuk penyelidikan pemasaran, analisis statistik/pemodelan, pelaporan, audit dan pengurusan risiko;
• untuk memenuhi sebarang kewajiban undang-undang dan peraturan dan sebab-sebab lain yang berkaitan dengan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda;
• untuk membantu dalam pencegahan penipuan atau pengesanan jenayah atau untuk tujuan penyiasatan atau pendakwaan;
• untuk berkongsi, memindah, memperoleh pendedahan, mengemaskini dan/atau memproses data peribadi anda dengan anak syarikat, sekutu dan/atau mana-mana syarikat berkaitan; atau rakan niaga/strategik, ejen, vendor, penyedia perkhidmatan, peniaga, penasihat dan atau pemegang lesen;
• untuk penjualan silang, pemasaran dan promosi;
• untuk mempromosikan produk, perkhidmatan dan promosi khas yang ditawarkan oleh BPSP dan anak syarikat kami, sekutu dan mana-mana syarikat berkaitan yang mana berkenaan;
• untuk mempromosikan produk, perkhidmatan atau promosi khas yang ditawarkan oleh rakan perniagaan kami;
• untuk menghantar pemberitahuan untuk tujuan operasi dan pentadbiran;
• untuk tujuan melindungi kepentingan BPSB;
• untuk tujuan lain seperti yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda;
• untuk tujuan lain seperti mana yang dinyatakan dalam terma dan syarat lain oleh BPSB.
Pada satu-satu masa, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan maklumat berhubung yang terdapat di bawah untuk memilih keluar daripada menerima bahan pemasaran atau bahan promosi/komunikasi daripada kami.
Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke tempat-tempat di luar Malaysia jika diperlukan untuk tujuan di atas.
3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada:
• anak-anak syarikat, sekutu dan/atau mana-mana syarikat yang berkaitan; atau rakan niaga/strategik, ejen, kontraktor, vendor, pembekal perkhidmatan, peniaga, penasihat dan atau pemegang lesen;
• pihak berkuasa kawal selia, agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasaan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, yang diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah yang lain atau memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa;
• pengendali rangkaian pembayaran;
• pihak ketiga yang dibenarkan dan persetujuan oleh anda;
Data peribadi anda juga boleh didedahkan kepada pihak ketiga yang lain yang mana kami mempunyai hubungan komersial, untuk pemasaran, pengiklanan produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan, melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu mendedahkan kepada pihak ketiga tersebut, dan sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang atau diperuntukkan dalam kerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa kerajaan.
Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk pemindahan tersebut di mana ia diperlukan untuk memberikan anda perkhidmatan yang anda minta, dan untuk pelaksanaan mana-mana kontrak kewajipan anda dengan kami.
4. LINDUNGI DATA PERIBADI ANDA
Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan kami. Kami mengambil langkah-langkah wajar untuk melindungi data peribadi anda yang kami terima dari anda. Apabila kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan, kami akan meminta mereka untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya.
Data peribadi anda akan disimpan selagi perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang mana ia dikumpul dan mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan dalaman. Selepas itu, kami akan memadamkan terus data peribadi anda yang tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan yang mana ia akan digunakan.
Harap maklum bahawa aplikasi mudah alih dan laman web dihubungkan ke internet dan tidak ada kaedah penghantaran melalui internet yang 100% selamat. Oleh itu, kami tidak dapat memberikan jaminan mengenai keselamatan penghantaran maklumat kepada kami dan anda melakukannya diatas risiko anda sendiri.
5. MENGAKSES/MENGEMASKINI DATA PERIBADI ANDA
Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sekiranya terdapat perubahan pada data peribadi anda, anda boleh mengemaskini data peribadi anda dengan;
i. menghubungi kami menggunakan maklumat berhubung yang terdapat di bawah;
ii. mengakses aplikasi mudah alih dan laman web kami.
Harap maklum bahawa bergantung pada maklumat yang diminta, kami mungkin mengenakan bayaran yang kecil. Kami juga boleh mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk akses kepada data peribadi anda.
6. APLIKASI PIHAK KETIGA DAN LAMAN-LAMAN WEB
Aplikasi mudah alih dan laman web BPSB mungkin mengandungi pautan ke laman web atau aplikasi pihak ketiga. Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab ke atas amalan peribadi atau kandungan laman web atau aplikasi pihak ketiga. Polisi Peribadi ini tidak terpakai kepada laman web dan aplikasi pihak ketiga.
7. PENGGUNAAN COOKIES
BPSB menggunakan cookies dalam aplikasi mudah alih atau laman web kami untuk mengenal pasti sama ada anda pernah melayari laman web ini sebelumnya dan jika anda telah memberikan maklumat kepada produk dan perkhidmatan dalam talian kami.
Cookies membolehkan kami, antara lain, untuk mengekalkan sesi dan butiran anda yang diperlukan semasa permohonan, langganan, proses pendaftaran dan semasa transaksi (sesi cookies, untuk mengumpulkan data penggunaan atas talian untuk tujuan statistik/analisis (analitik cookie), dan membantu anda mengakses dan menggunakan penyimpanan data cloud dan lain-lain pencirian dan tetapan yang dipertingkatkan.
Tidak ada maklumat mengenai nombor telefon anda, akaun atau maklumat pembayaran yang disertakan dalam cookies atau dapat diakses menggunakannya; dan mereka tidak mengumpulkan maklumat peribadi mengenai penggunaan PC atau melayari internet anda dengan cara apa pun.
Sekiranya anda tidak mahu kuki dibuat di PC anda, anda boleh memilih untuk mematikan cookies. Namun, dengan melumpuhkannya pelanggan mungkin tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya laman web kami.
8. PERUBAHAN KEPADA POLISI PERIBADI
Kami mungkin mengemaskini kenyataan dan polisi peribadi ini dari semasa ke semasa dan semakan tersebut boleh mengakibatkan tambahan penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi anda. Ini dilakukan melalui proses semakan undang-undang dalaman kami, penilaian dan kelulusan yang diberikan pihak pengurusan sebelum diterbitkan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan anda mengenai pengemaskinian tersebut. Kami menggalakkan anda untuk menyemak maklumat terkini mengenai amalan peribadi kami secara berkala. Kami mungkin membuat perubahan yang tidak ketara pada Polisi Peribadi ini yang secara amnya tidak akan mempengaruhi penggunaan maklumat peribadi anda dari kami.
9. CARA HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai Polisi Peribadi kami, atau sebarang keprihatinan atau aduan berkenaan penggunaan peribadi anda oleh kami menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, sila hubungi kami dengan mana-mana maklumat yang berikut:
Bayo Pay (M) Sdn Bhd72-3 Jalan PJU 5/22, Encorp Strand,Pusat Perdagangan Kota Damansara,47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Tel.: 03-7621 5151E-mel: support@bayo.my