Construx Home – BM2024-06-11T08:09:34+00:00

Temui apa yang tersedia dengan

Ringkasan Construx

Construx pada dasarnya adalah jenama dengan barisan produk & solusi yang terhasil dari program kolaborasi antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (“CIDB”) Malaysia dan Bayo Pay (M) Sdn Bhd (entiti berlesen di bawah BNM untuk mengeluarkan Instrumen Pembayaran yang Ditetapkan di bawah S.11 FSA 2013 dan adalah Ahli Utama Mastercard Asia/Pacific Pte. Ltd. dan disebut sebagai “Bayo”).

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bukan hanya untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan tetapi juga mendigitalkan dan merubah industri pembinaan di Malaysia.

Construx terdiri daripada sebilangan produk yang direka untuk manfaat pelbagai pihak yang berkepentingan di bawah program ini; Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB, Construx Wallet dan Portal serta Construx Payroll. Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB, Construx Wallet dan Portal ditujukan untuk penggunaan semua personel binaan yang diiktiraf oleh CIDB Malaysia manakala Construx Payroll adalah bertujuan untuk kegunaan majikan personel pembinaan iaitu syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB Malaysia.

Skrol ke bawah untuk pengetahuan lanjut mengenai produk ini!

Ini Adalah Kad Pintar Dwi Fungsi!

Kad Pendaftaran Personel Binaan yang baru (“Kad”) adalah kad pintar dua fungsi; iaitu kad
pengenalan dan kad pembayaran yang direka khas untuk semua kakitangan pembinaan di
Malaysia. Dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri keselamatan iaitu Standard Keselamatan
Pengesahan 2-Faktor; Cip dan kod yang diperakui EMV, Kad Pintar ini amat selamat, sukar
diubahsuai dan hampir mustahil untuk dipalsukan.

Sebagai Kad ID

  • Rekabentuk Kad Pendaftaran Personel Pembinaan CIDB yang Baru
  • Standard Keselamatan Pengesahan 2-Faktor
  • Mengandungi ciri-ciri seperti cip yang diperakui EMV & kod QR peribadi
  • Amat selamat, sukar diubahsuai dan hampir mustahil untuk dipalsukan

Sebagai Kad Pembayaran

  • Kad Pembayaran/Kad Gaji Jenama Bersama Mastercard
  • Penerimaan Pembayaran Di Seluruh Dunia
  • Kaedah Pembayaran Chip & Pin dan Tanpa Sentuh
  • Faedah Mata & Ganjaran
  • Pengeluaran Tunai Di ATM yang Menerima Mastercard
  • Akaun Maya Affin

Kami Sedia Membantu, Sama Ada untuk Tujuan ID atau Tujuan Pembayaran, ID Fizikal atau Maya dan Instrumen Pembayaran!

Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB (“Kad”) dipadankan dengan Construx Wallet – yang
bermaksud, anda dapat menikmati kelebihan ID maya (e-ID) dan juga dompet maya! Inilah
antara sebab mengapa anda hanya perlu duduk, rehat dan nikmati kelebihan kad!

 

Apakah Itu Construx Wallet?

Construx Wallet adalah aplikasi mudah alih yang direka untuk semua personel tapak pembinaan
yang berdaftar dengan CIDB di Malaysia, dan dihubungkan dengan Kad CIDB fizikal anda.

Lihat Keseluruhan Pakej!

Kad CIDB yang baru dilengkapi dengan aplikasi mudah alih dan platform portal web untuk anda
mengakses dan mengurus akaun anda bila-bila masa, di mana sahaja!

Pembayaran Pantas

Ini adalah kaedah terpantas dan fleksibel untuk membayar, menambah nilai,
menghantar dan menerima wang.

Alatan Yang Tepat Untuk Pembayaran Pantas

Kemudahan yang dialu-alukan bagi pengguna untuk membayar bil, menambah nilai, membeli-belah dan makan melalui platform pembayaran yang dipercayai dan selamat.

Papan Pemuka CIDB

Apa yang Perlu Dilakukan Untuk On-board?

Apa yang Perlu Dilakukan Untuk On-board?

Construx Payroll

Platform pengurusan gaji yang dibangunkan oleh Bayo untuk memenuhi keperluan syarikat/majikan dalam industri pembinaan yang berdaftar dengan CIDB berkaitan dengan mengkredit gaji kepada pekerja terutama yang tidak mempunyai bank. Melalui platform ini, gaji dikreditkan ke Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB pekerja.

Percuma untuk semua syarikat yang berdaftar dengan CIDB! Syarikat yang berminat sila klik ‘Daftar Sekarang!
Daftar Sekarang!

Ciri-cirinya

On-boarding Majikan

  • Proses ini membolehkan syarikat mendaftar dengan Construx Payroll dan menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk tujuan-tujuan pengesahan.
  • Setelah pendaftaran berjaya, majikan akan diberitahu melalui e-mel dengan persetujuan untuk mengakses Construx Payroll bagi menguruskan pembayaran gaji kepada semua pekerja.

Penciptaan Peranan

  • Fungsi ini membolehkan pekerja/syarikat mencipta peranan ‘Maker’ dan ‘Checker’ untuk pengasingan tugasan dan pengurusan risiko dan kawalan.

Pengkreditan Gaji

  • Pemindahan dana dilakukan dengan selamat melalui FPX setelah mendapat persetujuan yang diperlukan dari ‘Checker’ syarikat.
  • Setelah berjaya, gaji akan dikreditkan ke dalam Kad CIDB pekerja.
  • Pekerja akan dapat mengakses gaji mereka melalui Construx Wallet dan Construx Portal dan membuat transaksi atas talian dengan serta-merta. Pekerja juga dapat melakukan pengeluaran tunai di mana-mana mesin ATM yang menerima kad pembayaran Mastercard di seluruh dunia.

*Semua ciri adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

*Semua ciri adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Construx Payroll Untuk Memudahkan Syarikat Dalam Industri Pembinaan

  • Proses on-boarding yang senang untuk majikan
  • Penyelesaian yang kos efektif
  • Majikan tidak perlu lagi membuka akaun bank untuk pekerja asing
  • Penggunaan secara percuma
  • Menghapuskan kos dan isu-isu yang berkaitan dengan pengendalian tunai terutama yang berkaitan dengan pekerja tanpa bank
  • Pengurusan gaji yang lebih baik dikalangan syarikat pembinaan
  • Akses penggajian 24/7 yang segera dan mudah untuk pekerja

Video Tutorial

Construx Card / Construx Wallet / Construx Portal

Pengenalan Construx Card & Ciri-cirinya

Pendaftaran Construx Portal

Pendaftaran Construx Wallet

Pengaktifan PIN Mudah Alih Construx Wallet

Artikel Terpilih

BAYO PAY (M) SDN BHD has developed a digital salary disbursement platform that could benefit all contractors and construction personnel

July 9, 2021|

BAYO PAY (M) SDN BHD has developed a digital salary disbursement platform that could benefit all contractors and construction personnel [...]

Go to Top