Temui apa yang tersedia dengan
Ringkasan Construx
Construx pada dasarnya adalah jenama dengan barisan produk & solusi yang terhasil dari program kolaborasi antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (“CIDB”) Malaysia dan Bayo Pay (M) Sdn Bhd (entiti berlesen di bawah BNM untuk mengeluarkan Instrumen Pembayaran yang Ditetapkan di bawah S.11 FSA 2013 dan adalah Ahli Utama Mastercard Asia/Pacific Pte. Ltd. dan disebut sebagai “Bayo”).
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bukan hanya untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan tetapi juga mendigitalkan dan merubah industri pembinaan di Malaysia.
Construx terdiri daripada sebilangan produk yang direka untuk manfaat pelbagai pihak yang berkepentingan di bawah program ini; Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB, Construx Wallet dan Portal serta Construx Payroll. Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB, Construx Wallet dan Portal ditujukan untuk penggunaan semua personel binaan yang diiktiraf oleh CIDB Malaysia manakala Construx Payroll adalah bertujuan untuk kegunaan majikan personel pembinaan iaitu syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB Malaysia.
Skrol ke bawah untuk pengetahuan lanjut mengenai produk ini!
Ini Adalah Kad Pintar Dwi Fungsi!
Kad Pendaftaran Personel Binaan yang baru (“Kad”) adalah kad pintar dua fungsi; iaitu kad
pengenalan dan kad pembayaran yang direka khas untuk semua kakitangan pembinaan di
Malaysia. Dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri keselamatan iaitu Standard Keselamatan
Pengesahan 2-Faktor; Cip dan kod yang diperakui EMV, Kad Pintar ini amat selamat, sukar
diubahsuai dan hampir mustahil untuk dipalsukan.
Kami Sedia Membantu, Sama Ada untuk Tujuan ID atau Tujuan Pembayaran, ID Fizikal atau Maya dan Instrumen Pembayaran!
Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB (“Kad”) dipadankan dengan Construx Wallet – yang
bermaksud, anda dapat menikmati kelebihan ID maya (e-ID) dan juga dompet maya! Inilah
antara sebab mengapa anda hanya perlu duduk, rehat dan nikmati kelebihan kad!
Apakah Itu Construx Wallet?
Construx Wallet adalah aplikasi mudah alih yang direka untuk semua personel tapak pembinaan
yang berdaftar dengan CIDB di Malaysia, dan dihubungkan dengan Kad CIDB fizikal anda.
Lihat Keseluruhan Pakej!
Kad CIDB yang baru dilengkapi dengan aplikasi mudah alih dan platform portal web untuk anda
mengakses dan mengurus akaun anda bila-bila masa, di mana sahaja!
Pembayaran Pantas
Ini adalah kaedah terpantas dan fleksibel untuk membayar, menambah nilai,
menghantar dan menerima wang.
Alatan Yang Tepat Untuk Pembayaran Pantas
Kemudahan yang dialu-alukan bagi pengguna untuk membayar bil, menambah nilai, membeli-belah dan makan melalui platform pembayaran yang dipercayai dan selamat.
Papan Pemuka CIDB
Apa yang Perlu Dilakukan Untuk On-board?
Apa yang Perlu Dilakukan Untuk On-board?
Construx Payroll
Platform pengurusan gaji yang dibangunkan oleh Bayo untuk memenuhi keperluan syarikat/majikan dalam industri pembinaan yang berdaftar dengan CIDB berkaitan dengan mengkredit gaji kepada pekerja terutama yang tidak mempunyai bank. Melalui platform ini, gaji dikreditkan ke Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB pekerja.
Percuma untuk semua syarikat yang berdaftar dengan CIDB! Syarikat yang berminat sila klik ‘Daftar Sekarang!
Ciri-cirinya
On-boarding Majikan
- Proses ini membolehkan syarikat mendaftar dengan Construx Payroll dan menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk tujuan-tujuan pengesahan.
- Setelah pendaftaran berjaya, majikan akan diberitahu melalui e-mel dengan persetujuan untuk mengakses Construx Payroll bagi menguruskan pembayaran gaji kepada semua pekerja.
Penciptaan Peranan
- Fungsi ini membolehkan pekerja/syarikat mencipta peranan ‘Maker’ dan ‘Checker’ untuk pengasingan tugasan dan pengurusan risiko dan kawalan.
Pengkreditan Gaji
- Pemindahan dana dilakukan dengan selamat melalui FPX setelah mendapat persetujuan yang diperlukan dari ‘Checker’ syarikat.
- Setelah berjaya, gaji akan dikreditkan ke dalam Kad CIDB pekerja.
- Pekerja akan dapat mengakses gaji mereka melalui Construx Wallet dan Construx Portal dan membuat transaksi atas talian dengan serta-merta. Pekerja juga dapat melakukan pengeluaran tunai di mana-mana mesin ATM yang menerima kad pembayaran Mastercard di seluruh dunia.
*Semua ciri adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
*Semua ciri adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Construx Payroll Untuk Memudahkan Syarikat Dalam Industri Pembinaan
- Proses on-boarding yang senang untuk majikan
- Penyelesaian yang kos efektif
- Majikan tidak perlu lagi membuka akaun bank untuk pekerja asing
- Penggunaan secara percuma
- Menghapuskan kos dan isu-isu yang berkaitan dengan pengendalian tunai terutama yang berkaitan dengan pekerja tanpa bank
- Pengurusan gaji yang lebih baik dikalangan syarikat pembinaan
- Akses penggajian 24/7 yang segera dan mudah untuk pekerja
Video Tutorial
Construx Card / Construx Wallet / Construx Portal
Pengenalan Construx Card & Ciri-cirinya
Pendaftaran Construx Portal
Pendaftaran Construx Wallet
Pengaktifan PIN Mudah Alih Construx Wallet
Artikel Terpilih
Bayo Pay unveils money transfer app for construction personnel
Bayo Pay chief executive officer Aznul Abdullah said the collaboration was reflective of the company's commitment to provide continuous [...]
Construx Bayo Pay tawar perkhidmatan kiriman wang antarabangsa
PETALING JAYA: Bayo Pay (M) Sdn. Bhd. (Bayo Pay), syarikat kewangan (fintech) tempatan, terus meluaskan perkhidmatannya kepada industri pembinaan [...]
Bayo’s Construx mobile app enables remittances to 190 countries
KUALA LUMPUR, Aug 2 -- Local fintech company Bayo Pay (M) Sdn Bhd (Bayo) has launched the Construx mobile [...]
Digital boost for all CIDB-registered contractors, personnel
With Construx Payroll, the construction companies can now pay salaries directly to their employees into its employees’ CIDB Green [...]
Bayo Pay develops Construx Payroll platform for construction companies, workers
Bayo Pay (M) Sdn Bhd (Bayo Pay) has developed the Construx Payroll platform, a digital salary disbursement gateway that [...]
Construx mudahkan pembayaran gaji pekerja sektor pembinaan
KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi kewangan tempatan, Bayo Pay (M) Sdn Bhd (Bayo Pay) memperkenalkan platform pembayaran gaji digital Construx [...]